Saturday, November 18, 2017

Tenaga Pengajar Kursus UMP Tajaan KPS 2017

Para peserta kursus UMP Tajaan KPS 2017 sangat beruntung kerana mendapat barisan tenaga pengajar yang sangat berkaliber dan pakar (expert) dalam bidang masing2. Ilmu yang dicurahkan dan pengalaman yang dikongsikan sangat berharga dan bermanafaat kepada semua peserta iaitu Usahawan Mutawwif/fah Profesional.

Di samping itu perjalanan kursus berjalan dengan lancar sekali kerana pihak urus setia yang dipimpin oleh Ustaz Rabiah Aslami M Fauzi, Mutawwif berpengalaman AMTC, dan dibantu oleh Ustaz Hazwan Dolah Mahfut, Pegawai Pemasaran AMTC, serta sdra Faruk dan sdra telah menjalankan tugas dan amanah mereka sebaik mungkin.

Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar & Urus Setia

Name tag dan folder peserta kursus

Lahirnya ... Laman Blog Ini

9 Nov 2017, Khamis

Pada hari ini ketika waktu maghrib, dua orang Usahawan Mutawwif Profesional dari kelas UMP Tajaan KPS 2017 iaitu sdra Rashid dan sdra Saleh telah bertemu di Restoran Pelita Jalan Ampang. 

Di antara natijah dari pertemuan tersebut Laman Blog ini telah diujudkan sebagai satu wadah para Usahawan Mutawwif/fah  Profesional seramai 30 orang untuk berkongsi pengalaman dan kisah dengan masyarakat di luar sana. Pelbagai kisah Insya Allah akan dikongsikan di laman blog ini untuk memacu industri Pelancongan Ibadah Umrah khususnya di Malaysia. 

sdra Rashid (kiri) & sdra Saleh (kanan)
di Restoran Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang

sdra Rashid

sdra Saleh